Dasar MBMMBI akan dilaksanakan pada 2011

KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) — Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata dasar Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkasakan Bahasa Inggeris (MBMBI) akan mula dilaksana pada 2011, setahun lebih awal daripada yang dijadual.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata pelaksanaan MBMBI bagi menggantikan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sepatutnya dijadual pada 2012.

“Kita perlu berikan perhatian dalam usaha kita memartabatkan sistem pendidikan di negara kita ini iaitu bermula pada tahun 2011, kita akan mula melaksanakan dasar baru menggantikan PPSMI.

“Kami telah berbincang di peringkat kementerian, dan mendapati kami mampu untuk menyegerakan setahun lebih awal mempelajari Matematik dan Sains dalam Bahasa Malaysia dan tidak lagi dalam Bahasa Inggeris, walaupun jadual asalnya ialah pada 2012,” katanya.

Berucap pada majlis jamuan malam bersama guru cemerlang sempena Persidangan Kebangsaan Guru-guru ke-7 di sini Selasa, Muhyiddin berkata bagi mencapai sasaran itu, komitmen seluruh tenaga pengajar, guru, pengetua, guru besar serta Kementerian Pelajaran amat diperlukan kerana ia bukan satu perkara atau tanggungjawab yang remeh.

Muhyiddin berkata semasa keputusan memansuhkan PPSMI dahulu, kementerian serta kerajaan telah mengambil kira langkah terbaru ini adalah yang terbaik bukan setakat untuk meningkatkan martabat pendidikan tetapi juga meningkatkan kualiti pendidikan.

“Oleh itu, komitmen amat diperlukan kerana ini adalah satu beban yang tidak boleh kita pandang remeh dan memerlukan komitmen yang total daripada guru-guru serta tenaga pengajar,” katanya.

Muhyiddin berkata walaupun PPSMI dimansuh, penguasaan Bahasa Inggeris oleh pelajar masih dititik beratkan.

“Pastinya semua pihak bersetuju tentang pentingnya kita menguasai Bahasa Inggeris.

“Sewajarnya, anak-anak kita dalam tempoh 13 tahun mahir atau lebih daripada mahir untuk menguasai Bahasa Inggeris dan tidak patut menjadi satu perkara yang diperbincangkan seolah-olah tahap penguasaan Bahasa Inggeris masih sederhana atau rendah sedangkan ia telah diperkenalkan sekian lama,” katanya.

Muhyiddin berkata menerusi dasar MBMBI, khidmat tenaga pengajar atau pakar dari luar negara akan diguna sebagai ‘master teacher’ sementara menunggu tenaga pengajar terlatih tempatan.

“Dalam MBMBI, kita sudah pun menyediakan kurikulum yang lebih baik dengan buku teks yang lebih sesuai, menyediakan makmal Bahasa Inggeris yang lebih lengkap, software (perisian) yang terbaik serta penggunaan tenaga pengajar yang berupaya mengajar Bahasa Inggeris dengan baik.

“Sementara kita belum mepunyai guru-guru atau pakar yang terlatih, mahu tidak mahu kita terpaksa mengisi kekosongan itu dengan tenaga dari luar negara sebagai ‘master teacher’, untuk bantu supaya proses pengajaran Bahasa Inggeris dapat dilaksana dengan cara berkesan,” katanya.

— BERNAMA

November 26, 2009 at 9:59 am Tinggalkan komen

PERKEMBANGAN BARU DALAM PENDIDIKAN 2010 – 2012

PEMBENTANGAN PERSIDANGAN PERKEMBANGAN BARU DALAM PENDIDIKAN 2010 – 2012 yang baru-baru ini telah diadakan di Institut Aminudin Baki.Untuk mendapatkan bahan tersebut, sila layari http://www.iab.edu.my/kkpersidangan.php

November 26, 2009 at 9:55 am Tinggalkan komen

Google translate | Terjemahan Google

Untuk menggunakan perkhidmatan google untuk terjemahan:

http://translate.google.com/translate?hl=en&sl=en&tl=ms&u=http%3A%2F%2F_alamatwebsite_yg_nak_d_terjemah_%2F

November 26, 2009 at 9:50 am Tinggalkan komen

Tips baru chemistry | kimia dari andrewchoo

Artikel daripada andrewchoo: http://www.andrewchoo.edu.my/2009/11/24/2009-spm-exam-tips-chemistry/

PAPER 2

SECTION A

  1. Empirical Formula of CuO or MgO
  2. Periodic table – Group 1, Group 17 and Transition Element
  3. Redox – U tube and Electrochemistry
  4. Heat of Displacement
  5. Soap and Detergent / Food preservatives, Alloy, Glass, Composite Material
  6. Bonding – Ionic and Covalent

SECTION B

7.  Carbon Compound – alkane, alkene and alcohol

8.  Haber Process and Contact Process

SECTION C

9.   Rate of Reaction  / Salt Analysis and Insoluble Salt

10. Heat of Combustion

PAPER 3

1. Electrochemistry / Oxidation and Reduction – The Reactivity Series of   Metal

2. Experiment – Alloy (hardness)

November 26, 2009 at 9:35 am Tinggalkan komen

Larangan menggunakan pengaruh luar untuk mendapat sesuatu jawatan naik pangkat di Kementerian Pelajaran

artikel dr web : http://forum.engkabang.net/index.php/topic,36936.0.html

KEMENTERIAN Pelajaran sudah mengeluarkan pekeliling ‘Larangan menggunakan pengaruh luar untuk mendapat sesuatu jawatan naik pangkat di Kementerian Pelajaran’ bertarikh 12 Jun 2009. Pekeliling itu melarang mana-mana pegawai yang bertugas di kementerian sama ada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS), Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) atau anggota khidmat sokongan, menggunakan pengaruh luar bagi mendapatkan jawatan kenaikan pangkat.

Di dalam pekeliling itu dinyatakan dengan jelas mengenai ‘Peraturan (42) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan Dan Tatatertib) 1993 memperuntukkan bahawa seseorang pegawai tidak boleh… (h) membawa atau cuba membawa apa-apa bentuk pengaruh atau tekanan luar untuk menyokong atau memajukan apa-apa tuntutan berhubung dengan atau terhadap perkhidmatan awam, sama ada tuntutan itu ialah tuntutannya sendiri atau tuntutan mana-mana pegawai lain.”

Dalam pekeliling itu juga dinyatakan keputusan mesyuarat yang diadakan pada 3 Jun lalu yang memutuskan bahawa mana-mana PPPS, PPPLD dan AKS yang berkhidmat di kementerian boleh dikenakan tindakan prosiding tatatertib jika menggunakan pengaruh luar untuk tujuan di atas.

Oktober 6, 2009 at 2:46 pm Tinggalkan komen

Guru Saman Pengetua Selepas Didakwa Jejas Reputasinya

artikel dr web : http://forum.engkabang.net/index.php?PHPSESSID=a2ab244a289388208d3059b0ef352dd4&topic=37122.0

Guru Saman Pengetua Selepas Didakwa Jejas Reputasinya
KUANTAN, 6 Okt (Bernama) — Seorang guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Mahkota, Jalan Gambang di sini mengemukakan saman RM228,000 terhadap pengetua sekolah terbabit kerana didakwa menjejaskan reputasinya.

Rozilah Abdullah, 37, yang memfailkan saman itu di pejabat Pendaftar Mahkamah Sesyen di sini Selasa melalui Tetuan Balkhis Alias & Co pada 12 Ogos lepas menamakan pengetua, Aluwiyah Osman sebagai defendan.

Kes itu ditetapkan untuk sebutan pada hari ini, namun Hakim Hassan Abdul Ghani kemudian menetapkan 5 Nov ini sebagai sebutan semula selepas wakil Pejabat Peguam Negara memohon tempoh masa untuk memfailkan penyataan balas terhadap tuntutan saman berkenaan.

Dalam pernyataan tuntutan itu, Rozilah mendakwa pada 24 Julai tahun lepas, defendan memalukannya di hadapan guru lain dengan menuding jari ke arahnya serta menyatakan beliau enggan mematuhi perintah defendan.

Rozilah mendakwa defendan telah membuat satu laporan terhadapnya dan berikutan itu seorang kaunselor daripada Pejabat Pelajaran Daerah Kuantan memanggilnya ketika beliau sedang mengajar memaklumkan satu laporan telah dibuat terhadapnya.

Rozilah, yang telah bertugas selama 13 tahun sebagai guru, mendakwa akibat laporan defendan, beliau telah menerima surat bertarikh 13 Feb 2009 yang menyatakan tiada pergerakan gaji bagi beliau untuk tahun 2009.

Beliau juga mendakwa tidak pernah diberikan peluang membela diri kerana tidak dipanggil atau diberikan peluang menjawab laporan yang dibuat oleh ketuanya itu.

Selain itu, beliau mendakwa pengetua-pengetua dari sekolah lain juga telah mengetahui mengenai laporan prestasi beliau sebelum beliau sendiri mengetahuinya sehingga mengakibatkan tekanan kepadanya dan mengalami penyakit tekanan darah rendah serta perasaan malu yang kekal sepanjang hayatnya.

Rozilah mendakwa telah mengalami kerosakan teruk daripada segi kebolehpercayaan dan kewibawaan serta reputasinya sebagai seorang pendidik turut dipandang rendah serta dicemuh masyarakat sekeliling.

— BERNAMA

Oktober 6, 2009 at 2:39 pm Tinggalkan komen

Cuma lewat bukan beku, TNC A&A sahkan kenyataan masalah ‘posting’

artikel dr web : http://upsikini.blogspot.com/2009/10/cuma-lewat-bukan-beku-tnc-sahkan.html

Cuma lewat bukan beku, TNC A&A sahkan kenyataan masalah ‘posting’
Tanjong Malim, 6 Oktober – “Bukan beku cuma dilewatkan.”Berikut kenyataan spontan Prof Dr. Zakaria Kasa, Timbalan Naib Canselor Akademik & Antarabangsa UPSI ketika menjelaskan perkara tersebut kepada Nur Aqilah Hanis, Exco Akademik & Kerjaya MPP yang menemui beliau awal pagi semalam.

Menurut Zakaria, apa yang diucapkannya dalam acara perasmian ‘Simposium Halatuju Pendidikan Fizik Di Malaysia’ tempoh hari merupakan kenyataan yang harus diterima semua pihak terutama di pihak pelajar kerana ia bukan sahaja melibatkan UPSI malah seluruh institusi yang menawarkan program pendidikan.

Dalam pada itu katanya, punca utama keadaan ini berlaku adalah disebabkan kelembapan ekonomi negara dan masalah kewangan yang dihadapi dalam pentadbiran Kerajaan Malaysia.

Ketika ditanya adakah isu lambakan guru menyumbang kepada tindakan tersebut, beliau berkata masalah utama adalah kewangan namun di pihak Institut Perguruan (IPG) yang ditadbir di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) juga dilaporkan akan mengeluarkan graduan pertama Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dan sedikit sebanyak menambah bilangan bakal guru.

Sementara itu, pihak KPM sememangnya akan memberi keutamaan kepada pemegang Biasiswa KPM untuk ditempatkan ke sekolah-sekolah selepas tamat pengajian.

DPLI tak terkecuali

Pelajar-pelajar Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) juga dikatakan tidak terlepas daripada isu lewat ‘posting’ seperti yang dihadapi bakal graduan lain di semua IPTA dan IPG tahun depan.

Dalam penjelasan Zakaria dalam perbincangan bersama Nur Aqilah Hanis, Exco Akademik & Kerjaya MPP, pelajar-pelajar DPLI juga bakal menghadapi situasi yang sama dengan bakal graduan lain dalam isu ‘posting’ ini.

Jelasnya, DPLI juga berkemungkinan lewat ditempatkan ke sekolah-sekolah selepas mereka menamatkan pengajian mereka tahun hadapan, tidak seperti pelajar DPLI sebelum-sebelum ini.

Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan kepada semua warga UPSI agar tidak meletakkan kesalahan atau punca masalah ini kepada pelajar DPLI kerana program ini merupakan program di bawah KPM dan pelajar DPLI yang terpilih hanyalah individu yang mengisi pelaksanaan program tersebut bagi menjayakannya.

Ditanya apakah akan ada lagi pengambilan DPLI selepas ini, beliau berkata tidak ada lagi pengambilan DPLI selepas ini, pengambilan ini adalah yang terakhir.

Pelajar UPSI perlu bersedia dan terima hakikat

Zakaria juga dalam penjelasannya meminta agar semua pelajar UPSI bersiap sedia dengan makluman awal ini dan harus menerima hakikat bahawa keadaan seperti ini pasti akan berlaku dan secara kebetulan masalah tersebut timbul pada ketika ini.

Namun katanya, ini bukanlah bermakna palajar langsung tidak berpeluang untuk menjadi guru, cuma pelajar perlu mempelbagaikan kemahiran supaya peluang untuk masa depan juga akan lebih luas.

Oktober 6, 2009 at 2:37 pm Tinggalkan komen

Kiriman Terdahulu


Kategori

  • Agensi

  • Blogroll

  • Hosting Bahan

  • Kimia

  • PDA

  • pendidikan

  • Feeds


    Ikut

    Get every new post delivered to your Inbox.